Tuesday, November 24, 2015

The Baitul Muslim Project : HIV Test for B2B

Rupanya lelaki & pompuan dua dua pun kena buat HIV test ni Ye? Hehe kita X tau. Dulu yg kita tau, dia ikut negeri. Pastu yg kita tau lelaki je yg kena buat test ni. Pastu baru ni kak ipar kita kata, kwn dia kena buat. Wah! Selangor tu. So kita pun tanya kat ayah yg dah sah sah mmg jurunikah mukim kawasan kami, Aah rupanya mmg kena kita buat HIV test tu.

Bermulalah searching thru blog blog. Oo Ada yg kata cenggini, ada yg kata cenggitu. So kita cuma amek part cane nak start jelah. So kita search klinik mana yg boleh buat sbb ada certain2 klinik yg X boleh. Aritu kita ada baca dlm borang kebenaran nikah & checklist Bride to Be. Entry tu kita belum tulis lagi. Nanti nanti Ye.. ;-)

So 24hb Nov 2015 kita dgn En Tunang pun terkedek kedek g klinik kesihatan Serendah untuk tujuan HIV test. Ayah kata dorg buat test tu ptg je. Kita pun caya jelah so kita gerak ke sana ptg.

Dimulakan dgn bismillah.. Hehe. Mula2 register dulu. G carik kaunter pendaftaran. Kena amek nombor, isi borang sikit (idak le sikit benor.. byk le jugak.. :-D)

Lps tu prosesnya mcm ni:-

1. Lepas isi borang, hantar balik kat kaunter pendaftaran, tunggu dia panggil.. 

2. Bila dia panggil, bawa form tu pegi amek darah utk test HIV. Kalau 24 tahun ke bawah, kena buat test thalassemia sekali selain drpd test HIV. 

3. Kalau buat test HIV shj, dah siap tu pegi buat ujian saringan (check blood pressure, ketinggian, berat, ukur lilit pinggang etc.) 

4. Kalau ada buat test thalassemia, hantar sample darah tu ke makmal, pastu g buat ujian saringan mcm kat No 3.

5. Bila semua dh setel, hantar borang tadi ke bilik pemeriksaan untuk Dr chop & sign pengesahan. 

6. Hantar balik borang ke bilik amek darah tadi. Pastu dorg amek 1 salinan, kita amek 1 salinan. Disebabkan salinan kat kita tu nnt nak bagi kat tok kadi, buatlah copy utk simpanan sendiri. 

7. Setel... 

Peringatan: Keputusan ujian ni hanya sah untuk tempoh 6 bulan sahaja. Lepas tu kena buat lain.. 

Good luck! 

~MaMaIrFaN~

Monday, November 23, 2015

The Proposal..

Assalamualaikum pada yang sudi baca post kita walaupun kita tau blog ni xde ramai follower. Hihi, tapi mana tau cerita cerita kita ni satu hari nnt ada org yg nak baca.. kan...
Tak tau la nak kata happy ke, seram ke, risau ke.. 1 week after my birthday, I received a 'proposal' . Betul ke idak ni?

Tapi tula citernya. I don't even expected it. Rupanya dia dah balik rumah mak pak dia & explain yang dia ada berkenan kan sorang 'mak org' ni. Hahaha hakikatnya jugak tu. He's my bestfriend actually, close friend for only 2 an a half years (kejap kan?). Sebab tulah kita x expect hal ni. Before dia minta restu mak pak dia, alhamdulillah dia istikharah beberapa kali untuk pastikan tindakan dia. InshaAllah sama samalah kita doakan moga istikharahnya tu terbaik untuk kami.

So, that day as usual kita lepak kat dapur usha social media. Lepas solat maghrib, dia x keluar-keluar drpd bilik Irfan. Rupanya perjumpaan 4 mata dgn mak & Irfan. Lama lah jugak. Tup tup kua drpd bilik, mak sound kita, "ni ha *** bagi", sambil hulur sekotak yg cantik ni. Wow! Cincin..! Kita pun terus capai & nak sarung. Mak kata lagi, "Ha! Tu terima la tu?". Terkujat i, uols... Then mak sengih & kata, "Tak la. Tu dia kata hadiah tanda besday je...". Kusss semangat. "Tapi dia kata dia suka awak, dia minta izin mak nak kawen awak", sambung mak lagi. Gulp...

~MamaIrfan~

Tuesday, September 15, 2015

Nikah: Ibu Tunggal Juga Manusia Biasa, Umat Nabi Muhammad s.a.w Juga..


Meskipun Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam menggalakkan para lelaki untuk lebih mengutamakan perawan untuk dinikahi, bukan bererti beliau melarang seorang lelaki menikahi ibu tunggal/janda. Bukankah sebahagian besar isteri beliau juga ibu tunggal/janda?

Bagi seorang lelaki, menikahi ibu tunggal/janda juga boleh dijadikan pilihan. Apalagi jika ia berniat untuk menjaga seorang wanita yang tidak lagi bersuami dan anak yatim yang kehilangan kasih sayang seorang ayah. Jika dilakukan dengan ikhlas, semua itu insyaallah akan mendatangkan pahala yang besar.

Memang harus diakui, gadis perawan tentu memiliki banyak kelebihan dibandingkan seorang ibu tunggal/janda. Akan tetapi, ibu tunggal/janda juga mempunyai kelebihan dari perawan, iaitu ia lebih berpengalaman ! Ini adalah kerana ia sudah pernah berumah tangga. Oleh itu, diharapkan dia boleh mengurus rumah tangganya dengan lebih baik.

Jika dulu ia pernah gagal membina keluarga bersama suami pertamanya, maka diharapkan ia boleh belajar dari pengalamannya itu untuk menjadi lebih menganalisa diri dan memperbaiki diri. Supaya jika kemudian ia menikah lagi, ia akan berusaha menjaga kerukunan rumah tangganya, agar tidak karam sebagaimana yang pertama.

Pilih yang Solehah

Jika ingin menikahi ibu tunggal/janda, seorang lelaki tetap harus memperhatikan ciri-ciri yang telah diberikan Rasululah shalallahu ‘alaihi wassalam untuk memilih calon isteri.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعَةٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَلِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Wanita itu dinikahi kerana empat hal. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah agamanya, (kalau tidak) engkau akan celaka.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Syarah Muslim, Imam Nawawi menjelaskan bahawa barangsiapa yang memilih kerana pertimbangan agama, maka akan mendapatkan kebaikan dan barakah serta terlindung dari berbagai musibah. Ini menjamin mulianya akhlak dan kebaikan wanita pilihannya.

Gambaran akhlak wanita Solehah, adalah yang selalu menyenangkan hati suaminya bila dipandang, selalu taat pada suaminya, tidak pernah melanggar perintahnya serta tidak berkhianat dalam mengendalikan harta suaminya. Wanita seperti inilah sebaik-baik perhiasan dunia, yang layak dimiliki oleh lelaki yang soleh.

Untuk Para Ibu tunggal/janda

Untuk para saudariku yang saat ini sudah menjadi ibu tunggal/janda, jangan biarkan hati kalian terus-menerus dalam kesedihan.

Sungguh, meski sudah ketiadaan suami, tetapi anda masih punya Allah yang Maha Hidup. Tetapkanlah iman dan taqwa kepada Allah.

Kerana Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, ‘Rabb kami ialah Allah’, kemudian mereka bersikap istiqamah, maka akan turun malaikat kepada mereka (dengan mengatakan), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.’”(Fushshilat:30)

Berusahalah untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, dan jagalah akhlak kalian baik di dalam mahupun di luar rumah. Seboleh mungkin, kurangkanlah aktiviti di luar rumah.

Jika terpaksa keluar rumah, jangan lupa untuk sentiasa menutup tubuhmu dengan pakaian yang ditetapkan syar’ie. Jika boleh, mintalah salah seorang mahrammu untuk menemanimu.

Ingatlah bahawa keanggunan dan sifat berdikari kamu itu boleh menjadi fitnah bagi lelaki. Oleh itu, berhati-hatilah dan jangan lupa berdoa dalam memulakan setiap langkahmu.

Jika kamu merindukan kasih sayang seorang suami sebagaimana dulu pernah engkau miliki, maka berdoalah kepada Allah agar memberikan yang terbaik untukmu. Sesungguhnya Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hamba-Nya, akan tetapi engkau juga harus bersabar. Yang penting, jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah Ta’ala. Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan.


Tambahan faedah : ( tambahan faedah ini merupakan tulisan dari Ukhti Ummu Rumaisha)

Ibu tunggal/janda adalah status semata-mata yang sama maksudnya dengan “berkahwin”, “bujang”, “duda”, “janda” dan kata nama yang lain yang biasa digunakan dalam masyarakat.

Kadangkala dalam hidup seseorang terpaksa berhadapan dengan pilihan yang sukar sehingga menyebabkan pernikahannya terbatal. Atau ketika takdir Tuhan tidak seperti yang dirancangkan dan membuatkan seseorang terpaksa ditinggalkan dan menjalani hidup sendiri.

Jika dalam ajaran Islam sendiri kedudukan ibu tunggal/janda ini diletakkan di posisi yang harus kita hormati, maka tidak adil jika kita menempatkan mereka dalam kenegatifan. Malah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wassalam pun beristerikan para ibu tunggal/janda yang ditinggal suaminya kerana meninggal dunia di medan perang, kerana beliau ingin menjaga kehormatan para wanita tersebut dan menjamin masa depan anak-anaknya. Sedangkan dalam masyarakat sesetengah daripada kita melabelkan seorang ibu tunggal/janda itu dengan perkara yang negatif. Rasanya tidak adil sekiranya kita memandang negatif pada seorang ibu tunggal/janda, berbeza dengan lelaki yang memegang status duda. Mereka diterima oleh masyarakat seperti biasa.

Ketika kita memutuskan untuk memberikan menghukum seseorang melalui status mereka, cuba lihat kembali siapa diri kita sebenarnya.

Kenapa kita tidak boleh melihat seseorang melalui peribadi dan perwatakan mereka yang menarik, baik hati atau periang?

Kenapa kita tidak mengukur seseorang kerana kepandaiannya memasak, ilmu dan agamanya?

Kenapa kita perlu membezakan status seseorang dengan kemampuannya dalam masyarakat dan memberikan nilai rendah hanya kerana dia berbeza?

Apapun status mereka, lebih-lebih lagi seorang ibu tunggal/janda, cubalah berfikir tentang perkara yang harus dihadapinya. Bagaimana seorang ibu tunggal/janda itu menyara keluarganya lebih-lebih lagi jika dia memiliki anak. Fikirlah bagaimana untuk menjadi lebih profesional sewaktu di tempat kerja, bukannya bukannya menyebar fitnah tentang rakan sekerja yang berstatus ibu tunggal/janda. Sepatutnya kita harus lebih merasa beruntung kerana tidak perlu menjalani hidup seperti mereka.

Selain daripada itu, adakah kita faham bahawa ibu tunggal/janda harus memikul beban yang bukan mudah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungan. Selain daripada menyara diri sendiri dan anak, ada juga ibu tunggal/janda yang harus menanggung kedua orang tua.


Oleh itu, berfikirlah… Adakah patut seorang ibu tunggal/janda dihina oleh keluarga pihak lelaki lebih-lebih lagi bakal mertua hanya kerana mereka berstatus ibu tunggal/janda?

Terdapat banyak kes di mana seseorang yang berstatuskan ibu tunggal/janda ini lebih rela mengorbankan hati dan perasaan mereka dengan melupakan hasrat untuk berumah tangga. Tidak dinafikan bahawa penerimaan keluarga mertua juga kadangkala dipengaruhi oleh pandangan masyarakat lebih-lebih lagi saudara-mara terdekat terhadap status yang dianggap terlalu negatif itu.

Tiada sesiapapun yang memilih untuk gagal dalam rumah tangga. Tidakkan Islam mengajar kita menerima Qada dan Qadar? Menerima segala ketentuan Ilahi? Mereka gagal dalam kehidupan berumah tangga juga tentu ada sebabnya. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan itu bukankah urusan Allah? Kita sebagai umatNya perlu berusaha untuk melakukan yang terbaik. Selebihnya diserahkan kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Seseorang yang ingin menikahi seorang ibu tunggal/janda sememangnya akan berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Selain daripada masalah sukar mendapat restu ibu bapa, kita juga harus bersiap sedia untuk menerima anak-anaknya dan mungkin harus berhadapan dengan bekas suaminya juga. Hal-hal seperti inilah yang mungkin dipandang sebagai excess baggage nya ibu tunggal/janda.
Bagi seorang lelaki, hal tersebut tentunya akan bergantung pada ketahanan mental, fizikal dan kekukuhan ekonominya.


Namun semuanya bergantung pada pilihan.

Bila seorang ibu tunggal/janda memang boleh memberikan yang selama ini kita cari dan boleh memberikan kedamaian hati, sudah selayaknyalah kita memperjuangkan dirinya untuk dijadikan pasangan yang akan menemani kita sampai hari tua nanti.

Bersabarlah…… Wahai ukhti Muslimah yang mengharapkan pertolongan Allah Ta’ala.
Ingatlah firman Allah Ta’ala:

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu.” Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. “(QS.AZ ZUMAR :10)

Bersabar dan bertaqwalah dengan sebenar benar taqwa, yakinlah Allahu Ta’ala akan memberikan yang terbaik wahai ukhti muslimah

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ

Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri, (QS Ath Thuur : 48)

Monday, July 6, 2015

Pengertian SEKUFU dalam ISLAM


Sekufu atau di dalam bahasa Arab disebut ‘kafaah’ bererti kesamaan atau kesetaraan. Di dalam urusan perkahwinan, para fuqaha’ berpendapat kafaah ialah sepasang suami isteri hendaknya sama atau setara dalam aspek-aspek tertentu dan jika faktor sama atau setara ini tidak dipenuhi berkemungkinan akan menyebabkan ketidakharmonian dalam kehidupan rumah tangga. Pertimbangan kafaah dalam pernikahan disandarkan kepada satu riwayat daripada Ali bin Abi Thalib karramallahu wajhah, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda kepadanya yang bermaksud: “Hai Ali, janganlah engkau mengakhirkan (menunda-nunda) tiga hal: sholat jika telah tiba waktunya, jenazah jika telah hadir (untuk segera diurus dan dikuburkan), dan anak perempuan yang siap menikah jika telah engkau dapatkan yang sekufu dengannya”.

Kafaah merupakan antara hak seorang isteri. Seorang wali tidak boleh menikahkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu dengannya. Kafaah juga merupakan hak seorang wali bermaksud jika seorang perempuan meminta kepada walinya agar dinikahkan dengan lelaki yang tidak sekufu, wali mempunyai hak untuk tidak menunaikan hajat tersebut. Persoalannya, apakah kafaah atau sekufu termasuk di dalam syarat sahnya akad nikah? Pendapat yang paling tepat ialah pendapat sebagian besar ulama, antaranya Imam Malik, Imam as-Syafie dan para ulama Hanafiyah serta Imam Ahmad ibn Hanbal yang mengatakan kafaah tidak termasuk syarat sahnya akad nikah. Alasannya: kafaah merupakan hak bagi seorang wanita dan juga walinya maka kedua-duanya boleh menerimanya malah boleh juga mengenepikannya.

Antara dalil yang menjadi sandaran pendapat tersebut ialah firman Allah SWT dalam ayat 13 surah al-Hujurat yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. Ayat ini menjelaskan bahawa setiap manusia adalah sama sahaja dan yang membezakan antara mereka hanyalah ketaqwaan mereka kepada Allah SWT. Di dalam satu riwayat menceritakan; Aisyah r.anha berkata, “Sesungguhnya Abu Hudzaifah ibn Utbah ibn Rabi’ah telah mengangkat Salim sebagai anaknya (ketika mengangkat anak masih diperbolehkan) kemudian menikahkannya dengan puteri saudara perempuannya, Hindun bint al-Walid ibn Uqbah. Sebelumnya Salim merupakan seorang budak kepada wanita Ansor, lalu dimerdekakan”. – hadis riwayat al-Bukhari.

Walaupun kafaah atau sekufu tidak menjadi perkara wajb dan bukan menjadi syarat sahnya akad nikah, kebanyakan masyarakat hari ini amat mengambil berat soal sekufu ini. Masalah halangan keluarga kerana kononnya pilihan si anak tidak sekufu bukanlah cerita baru malah telah berkurun lamanya. Sejak negara tiada kemajuan hinggalah sekarang berbagai bangunan pencakar langit terjulang. Insan yang menilai masalah tidak sekufu ini bukannya calang-calang orang, rata-ratanya berpendidikan. Yang peliknya, jika ditinjau dan diteliti, banyak perkahwinan antara pasangan yang dikatakan tidak sekufu ini, hidup aman dan bahagia. Sebaliknya, kebanyakan perkahwinan yang terhasil daripada pasangan yang dikategorikan sebagai sekufu dan sama darjat pula, berakhir dengan perpisahan.

Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa perpisahan berlaku? Jika benar suami isteri adalah pasangan sekufu, kenapa rumahtangga masih berantakan, sukar sekali mencapai keharmonian? Persoalannya, apakah pertimbangan kafaah yang sebenarnya dan siapakah yang terikat dengan pertimbangan ini? Ulama perpendapat, kafaah ialah satu penghormatan kepada seorang wanita. Bererti, kaum wanita perlu mempertimbangkan sekufu dalam memilih calon suami. Bertepatan dengan prinsip lelaki atau suami sebagai ketua keluarga, sewajarnyalah lelaki ‘lebih’ atau setanding dengan isterinya. Lantaran itulah, kaum wanita digalakkan memilih lelaki yang setanding atau lebih daripada mereka. Bagi lelaki pula, tak perlu terlalu mengira kedudukan isteri yang jauh lebih rendah daripada mereka kerana di bahu lelaki terpikul tanggungjawab untuk menjaga dan memberikan kesempurnaan hidup kepada wanita (isteri).

Di dalam banyak kes, aspek yang menjadi pertimbangan kafaah ialah rupa paras, pendidikan dan harta. Para ulama berpendapat, kafaah adalah dalam hal din atau agama dan nasab. Yang dimaksudkan dengan din atau agama, bukanlah samada seorang Islam atau bukan Islam. Hukum sudah jelas bahawa seorang wanita muslimah tidak boleh berkahwin dengan lelaki bukan Islam. Din atau agama yang dimaksudkan oleh ulama ialah keistiqamahan tadayyun atau berkekalan mengamalkan ajaran Islam iaitu melaksanakan setiap suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Pendapat ini menjelaskan bahawa seorang lelaki yang tidak mempraktikkan Islamnya adalah tidak sekufu dengan wanita yang menjaga segala suruhan dan larangan-Nya.

Lantas, kita perlu memahami, apakah maksud sebenar sekufu seperti yang dianjurkan di dalam Islam? Kembali kepada maksud firman Allah yang menyatakan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Inilah maksud sekufu yang dikehendaki dan patut serta perlu diamalkan sebenarnya. Pendapat ini berpegang teguh dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.” Lalu Rasulullah SAW mengulangi ayat ini sebanyak tiga kali.

Jelas sekali kafaah yang perlu dipertimbangkan bukanlah keturunan, kekayaan, pendidikan dan sebagainya. Hadis ini juga merupakan arahan kepada para wali agar tidak menolak lamaran seorang lelaki yang baik amalan agamanya dan berakhlak mulia semata-mata lebih mengutamakan soal keturunan, pendidikan atau hartanya. Islam telah menetapkan bahawa sesiapa yang mengutamakan ajaran agama akan mendapat keharmonian di dalam hidup.

Friday, April 17, 2015

Lucky Me...!

Heyya....! Iols sgt sgt sgt sgt happy and feeling the luckiest sister on Earth! Citernya, jam aku rosak dah beberapa kali (pemberian adik aku - Bonia). Dah beberapa tahun jugaklah aku pakai jam tu. Maybe lasak sgt kot aku. Then bebaru ni aku try la jek kat adik kesayangan aku tu. 

"Mir...jam ngah kan...dah rosak. Ngah dah la biasa pakai jam. Ni dah dekat 3 minggu x pakai jam... Ciannn ngah kan?"

Adik aku jeling je. Tapi dalam dada aku ni aku dapat rasa satu mcm feeling yang aku akan dpt jam baru. Percentage dpt tu dlm 70% dah weyh. 

Esoknya sebelum balik keje aku try an error jek lagi sekali. "Malam ni jom g tengok jam...". Then dia kata nak cari katne? Aku punya percentage dpt tu naik ke 80% tiba². Masa balik tu, aku tapau sate utk dia. Then sampai rumah, mak kata..." eh, Amir ajak awak g cari jam. Cepatlah makan..."

Yebedabeduuuu....!

Sampai kat Jusco, masuk City Chain. Tau jelah harganya ya ampunnn (bak kata perampas laki aku). So aku cari cari, xde yang dlm bajet aku. G kedai satu lagi murah sikit tapi banyak lak yang dia x leh jual sbb sistem GST x update lg, so x leh jual. Hotak dia! Then Amir ajak g kedai tadi, City Chain. Dia tanya, xde yang berkenan ke? Aku kata, yang berkenan banyak tapi mahal naw... Pastu dia kata bajet dia RM500. Dia tunjuk aku jam Solvil Titus... Which is way more expensive. Mak aih...gila tanak? Aku angguk cepat² & tanpa berlengah lagi aku pilih la...

Ya Allah....gila sukanya aku, tapi aku x la tunjuk sgt, aku tunjuk sikit je kat dia sbb dia mmg x suke kakak dia ni gedik tahap maksima cmgtu. Dia malu...hahaha...


Eeeeiiii...seronok sgt tau? Kalau aku sendirik, maybe makan tahun baru aku boleh beli jam cmgni. Adik aku memang pemurah. Dulu dia selalu belikan aku mcm² tapi sekarang dia ada banyak tanggungan so, aku pun faham² gitulah. Tapi walau macamanapun, aku memang bersyukur jugak² and aku rasa special sgt sgt. 
 

 

Hihihi...tukang bayar. Dia gi bayar dengan ikhlasnya. Takde komplen, takde monyok, takde berleter... Sejuk hati aku... Kalau mcm ni, takde boifren pun takpe weyh...

Inilah dia rupa jam yang adik aku hadiahkan pada aku. Thanks Amir Hamzah. Thanks for being my adik & always be there for me.
Muaacchhhxxx...! Much love!




- mama irfan -

Sunday, February 15, 2015

The Best Hair Color For Grey Coverage

Hi uols.. Entry kali ni is a review of the best hair color utk tutup uban uols & iols.. Yes!! Iols ada sgt byk uban walaupun umo baru.. Ewahh.. Baru 30s, tp disebabkan terlalu byk menggunakan kepala otak yg Allah kurniakan ni, maka kepala iols menjadi salah satu kepala yg uban suka sangat nk bertapa...
So iols dh byk sgt try hair color.. Mcm mcm td X sesempurna mana pun. G color kat kedai sekali hadap dah beratus. Atas masalah masa pulak membuatkan iols susah nk melepak kan diri kat Saloon utk top up color sebulan sekali.
Then tiba tiba je iols ingat nk topup sendiri.. Biasanya iols guna color ala ala blonde ke, perang ke.. Tp kali ni iols tergerak ati nk color merah atau purple. Oh ya, iols tergerak ati nk uat sendiri pun sebab iols dh potong rambut pendek paras leher, leh ikat toncit sikit je.
So iols balik class terus singgah Guardian. Ada byk pulak offer, byk choice. Lepas puas menelaah tulisan tulisan yg ada kat kotak hair color tu, iols pun berkenan dgn 1 ni.. Dia tulis 100% very coverage. Schwarzkopf Palette, rm15 je uols. 
Sampai rmh terus buat. Lps setengah jam, hasil nya yayy.. Xde uban dah. Color pun ok boleh tahan.. So sesiapa yg nk tutup uban tu, meh la try... Tp ini berdasar kan apa yg iols dh alami la.
Selamat mencuba, good luck..!