Tuesday, November 24, 2015

The Baitul Muslim Project : HIV Test for B2B

Rupanya lelaki & pompuan dua dua pun kena buat HIV test ni Ye? Hehe kita X tau. Dulu yg kita tau, dia ikut negeri. Pastu yg kita tau lelaki je yg kena buat test ni. Pastu baru ni kak ipar kita kata, kwn dia kena buat. Wah! Selangor tu. So kita pun tanya kat ayah yg dah sah sah mmg jurunikah mukim kawasan kami, Aah rupanya mmg kena kita buat HIV test tu.

Bermulalah searching thru blog blog. Oo Ada yg kata cenggini, ada yg kata cenggitu. So kita cuma amek part cane nak start jelah. So kita search klinik mana yg boleh buat sbb ada certain2 klinik yg X boleh. Aritu kita ada baca dlm borang kebenaran nikah & checklist Bride to Be. Entry tu kita belum tulis lagi. Nanti nanti Ye.. ;-)

So 24hb Nov 2015 kita dgn En Tunang pun terkedek kedek g klinik kesihatan Serendah untuk tujuan HIV test. Ayah kata dorg buat test tu ptg je. Kita pun caya jelah so kita gerak ke sana ptg.

Dimulakan dgn bismillah.. Hehe. Mula2 register dulu. G carik kaunter pendaftaran. Kena amek nombor, isi borang sikit (idak le sikit benor.. byk le jugak.. :-D)

Lps tu prosesnya mcm ni:-

1. Lepas isi borang, hantar balik kat kaunter pendaftaran, tunggu dia panggil.. 

2. Bila dia panggil, bawa form tu pegi amek darah utk test HIV. Kalau 24 tahun ke bawah, kena buat test thalassemia sekali selain drpd test HIV. 

3. Kalau buat test HIV shj, dah siap tu pegi buat ujian saringan (check blood pressure, ketinggian, berat, ukur lilit pinggang etc.) 

4. Kalau ada buat test thalassemia, hantar sample darah tu ke makmal, pastu g buat ujian saringan mcm kat No 3.

5. Bila semua dh setel, hantar borang tadi ke bilik pemeriksaan untuk Dr chop & sign pengesahan. 

6. Hantar balik borang ke bilik amek darah tadi. Pastu dorg amek 1 salinan, kita amek 1 salinan. Disebabkan salinan kat kita tu nnt nak bagi kat tok kadi, buatlah copy utk simpanan sendiri. 

7. Setel... 

Peringatan: Keputusan ujian ni hanya sah untuk tempoh 6 bulan sahaja. Lepas tu kena buat lain.. 

Good luck! 

~MaMaIrFaN~

Monday, November 23, 2015

The Proposal..

Assalamualaikum pada yang sudi baca post kita walaupun kita tau blog ni xde ramai follower. Hihi, tapi mana tau cerita cerita kita ni satu hari nnt ada org yg nak baca.. kan...
Tak tau la nak kata happy ke, seram ke, risau ke.. 1 week after my birthday, I received a 'proposal' . Betul ke idak ni?

Tapi tula citernya. I don't even expected it. Rupanya dia dah balik rumah mak pak dia & explain yang dia ada berkenan kan sorang 'mak org' ni. Hahaha hakikatnya jugak tu. He's my bestfriend actually, close friend for only 2 an a half years (kejap kan?). Sebab tulah kita x expect hal ni. Before dia minta restu mak pak dia, alhamdulillah dia istikharah beberapa kali untuk pastikan tindakan dia. InshaAllah sama samalah kita doakan moga istikharahnya tu terbaik untuk kami.

So, that day as usual kita lepak kat dapur usha social media. Lepas solat maghrib, dia x keluar-keluar drpd bilik Irfan. Rupanya perjumpaan 4 mata dgn mak & Irfan. Lama lah jugak. Tup tup kua drpd bilik, mak sound kita, "ni ha *** bagi", sambil hulur sekotak yg cantik ni. Wow! Cincin..! Kita pun terus capai & nak sarung. Mak kata lagi, "Ha! Tu terima la tu?". Terkujat i, uols... Then mak sengih & kata, "Tak la. Tu dia kata hadiah tanda besday je...". Kusss semangat. "Tapi dia kata dia suka awak, dia minta izin mak nak kawen awak", sambung mak lagi. Gulp...

~MamaIrfan~