Dah balik tu terpkikir lak nak selidik...leh ke tindik lebih dpd satu ni? Ada ke hukum yg mengatakan apa². Si jantung hati mmg awal² dah x bagi tindik tapi x bgtau sebab apa x leh...(yelah sekolah agama kannnnn...). So, i terpanggil utk tanya pada Wana...Wana ni pulak jenis kalau i x tau, dia kata baik jangan tau sbb bila kita tau kan hukumnya akan jatuh 'haram'. Tapi bagi i pulak, dpd i tau lepas i buat, baik tau sekarang. Kang nyesal x sudah kan... So i pun google la...hmm banyak jugak pendapat. Ada yg kata kalau setakat utk diri sendiri atau suami atau yg muhrim boleh je asalkan menutup aurat, bukan utk tontonan umum. Ada jugak yg kata 'haram', 'harus'....
Mcm yang i amek dpd blog seseorang ni... http://wanfaleana.blogspot.com/2012/05/hukum-menindik-telinga.html
jelas mengatakan yg bertindik tu saje dah 'harus' apatah lagi nak tindik lebih dpd satu? ish ish...
Katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan
perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau
putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka,
putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka
miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti
tentang aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki
untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan
mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai
orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
( Surah An-Nisa : 31 )Jadi i rasa baiklah i lupakan je niat utk bertindik lagi...biarlah yang ada tu je...wallahualam~
- ariaenn -
No comments:
Post a Comment