Tuesday, January 28, 2014

Back To Kulliyyah

As salam...

25th January 2014 - akhirnya secara rasmi i jadi mahasiswa di International Islamic University Malaysia. Debaran yang dah sebulan lebih i rasa, makin lama makin laju...huhuuu (ingat makin kurang ek?). Sayu bila terpaksa tinggalkan Irfan on weekends yang mana i sepatutnya spend time dgn dia. Tp inilah pengorbanan yg kami berdua terpaksa tempuh untuk kepentingan masa depan kami berdua. Smg Allah permudahkan segalanya.

My 1st class will be Principal of Microeconomics by Dr. Mohd. Nahar Mohd. Arshad. Everything goes smooth. Harap² cmgnilah sampai akhirnya, inshaAllah. Terasa agak beku otak ni sebab terlalu lama tinggalkan subjek² ekonomi, maths, accounts etc. Tapi semangat Irfan sentiasa bersama mama...

Masa nak tinggalkan Irfan kat rumah mak tu...dia walaupun demam sikit, tetap senyum seakan bagi semangat. Bila i langkah keluar, dia pun turut keluar dan lambai i sambil senyum sampai i hilang dari pandangan dia. Ceria je lagaknya walaupun i tau dalam hati dia x lah seceria yang dia tunjukkan. Irfan anak yg baik, anak yg matang..."bye mama....!!!", katanya.

So, lepas ni banyak benda nak kena fikir...priority berubah but not for Irfan. Irfan is always my priority, my life, my soul & my everything. Masa dah makin kurang. Waktu nilah pengurusan masa sgt sgt berguna dalam kehidupan. It's all about time. Masa untuk Irfan, masa untuk kerja, masa untuk study, kulliyyah, fitness, diri sendiri...wahh 24 hours a day memang sgt x mencukupi. Apapun, Allah jadikan semuanya bersebab...I'm sure can do it...!

Semangat daripada kawan² sgt positif. Ari, Wana, Ahmad, Fyza, kak Norma & sedara mara not to forget family...i really have so many people who loves me so much! I'm so lucky...

Dari segi wang ringgit pun sangat mencabar. Kemahuan anak & keperluan study...buku dah berapa $$$, bahan² lain juga perlukan $$. Kekurangan masa bersama Irfan jugak membuatkan layanan untuk dia jadi lebih special (sbb x byk masa yg dpt diluangkan bersama), jadi perlu banyak $$$. Hmm...rezki itu ketentuan Allah, smg kami dimurahkan rezki...

Lastly, kesimpulannya semua perkara memerlukan pengorbanan tak kira dari segi apapun. Semoga kami tabah menghadapi segala dugaan & tabah menempuh masa depan yang semakin mencabar...wallahualam~








Thursday, January 23, 2014

23th January was my anniversary....

Hari ni....23th January 2014 suppose to be my 10th anniversary yg sebenarnya i tunggu² sgt... Takdir Allah itu adalah yang terbaik & jangan berprasangka buruk padaNya. Sebelum ni mmg anniversary ke 10 ni yg i tunggu² sgt...nak renew gamba kawen lah, nak honeymoon kat DoubleTree by Hilton. Hurmm x kesampaian semua tu. Kita manusia hanya merancang tapi Allah yang akan menentukan apa yg terbaik bagi kita, inshaAllah.

Hari ni...genap 44 hari i hold the Miss J title. My world become only for me & Irfan. Semua yang i buat hanya untuk Irfan. Tapi i x pernah lupa doakan semoga dia bahagia bersama pilihannya cuma harap dia tak lupa pada tanggungjawab yg masih terikat. Tipulah kalau i kata selama 10 tahun semuanya pahit² belaka. Ada yang indah, ada yg manis of course. Jadi kita pegang kenangan itu supaya kita tidak bermusuhan atau bermasam muka. Antara kita sebenarnya tidak ada banyak masalah cuma pihak ketiga mungkin ada agenda tertentu. Biarkan...

I buat keputusan untuk tak bermusuh dengannya for the sake of Irfan. Kita masih ada anak yg perlu kita jaga emosinya, fikirannya. Irfan anak yg bijak, seawal 6 tahun dah terpaksa lalui hidup tanpa kasih sayang papa. Kini, mama lah mama, mama lah papa bagi dia & alhamdulillah dia sangat memahami & membantu apa yg perlu. Syukur Allah kurniakan i anak yg sgt cerdik & matang. I masih bawa Irfan berjumpa papanya walaupun sukar sgt nak dapat masa drpd pihak sana. I faham, dia perlu jaga hati org disebelah sana. I pun tak mahu dia serba salah & terpaksa memilih. I cuma fikirkan Irfan. Tiap kali papanya tolak ajakan Irfan utk jumpa, Irfan akan diam & kata it's ok. Ya Allah anak mama, tabah sungguh hatimu sayang. Maafkan mama sebab buat Irfan susah, maafkan mama sebab buat Irfan terpaksa lalui pengalaman pahit & terpaksa pendam segala perasaan. Irfan mcm mama, suka pendam perasaan...

Sempena anniversary ke 10 yg tak kesampaian ini, i harap antara i & dia dijauhkan drpd segala permusuhan demi Irfan. Terima kasih atas pengalaman pahit manis sepanjang masa kita bergelar suami isteri. Hidup perlu diteruskan, semoga Allah tabahkan hati mama & Irfan...semoga Allah bagi kekuatan pada kita & permudahkan segala urusan....amin...~

-ariaenn-

Tuesday, January 21, 2014

Irfan's Birthday Treat (Part 1 kot???)

As salam...

On the 16th January 2014, Irfan turned 7th...!!!! Yeayy anak mama dah besar...! Hihihi...but the sad part was he's having fever... :-( So...that day mama took off but busy settling a lot of important things with the 'mahkamah', JAIS, JPN, Imigresen & Tabung Haji...but by 2pm i dah ada kat rumah to accompany my dear prince. Ciann sgt tgk Irfan kali ni demam sampai x makan langsung, diam je...lembik & nampak susut sgt badan dia... Makan x lalu, main x lalu...mood pun x tentu. At last the bithday celebration become g makan McD je. So sad to me tp apa nak buat...
The next day, Friday....i try to take him out & buat apa je yang dia nak so dia kata nak main kat Jusco & makan Subway. Haaa at least dia minta makan & suprisingly he ate half of the subway sandwich...alhamdulillah & thanks a lot to TTM. After solat Jumaat we go to Damansara & he requested to makan KFC pulak. Ikutkan jelah dah dia nak makan...actually naik main yg lebih. Its ok...anything for my dear prince...


Tetiba dia kata dia nak g Taman Layang-Layang Kepong....! Waaaa its thaipusam weyhhh...jalan sure jem punya... Tapi disebabkan birthday dia & dia demam...I just drive him there...
Luckily....! X jem langsung...alhamdulillah... TTM melayan dia sbb dia x nampak happy...we try to make him happy...

Rasanya berjayalah jugak walaupun x 100%. But he looks happy. Sedih birthday tahun ni no birthday cake..no family dinner..just a simple one between me & him. Sadly he has to went through a very tough situation. Dear syg...mama always with u. We always have each other & i will luv u till the end...





Tuesday, January 7, 2014

Tersentuh...Bila Anak Kecil Minta Maaf...~

As salam...

Sejak Irfan masuk ke alam persekolahan, banyak perubahan yg i dapat tgk. Nakal pun dah kurang, cuma menjerit tu masih lagi ada... Cuma satu yang menarik perhatian aku, dia selalu minta maaf. Mula² minta maaf masa nak tidur, lepas tu minta maaf sambil nangis sebak...last² baru ni minta maaf masa main tab sambil nangis sebak...
Kebanyakannye dia minta maaf sebab dia nakal, x dengar cakap & selalu buat i sedih. Sayu beb dengar dia minta maaf. Lagi pulak sambil nangis sedu². Dialog dia lebih kurang cmgini..."mama, Irfan sori la sebab irfan nakal² selalu tu...mama tu baik je dgn irfan, irfan nakal pun mama bawak irfan jalan², belikan irfan mcm²...kita tinggal berdua je...papa dah xde..." :-( Kalau korang? Nangis x? Sesekali menitis jugak airmata i. I bukanlah kuat sgt mcm yg i tunjuk... (i just pretend).
Alhamdulillah sejak masuk sekolah, dia langsung x menangis kecuali masa orientasi tapi itupun kejap je nangis. Selain dpd tu, dia x nangis. Hantar, salam, cium, babai....ya Allah..syukur Kau mudahkan segala urusan ku ya Allah... Walaupun skrg i dah 'sorang', my life has been completed by Irfan. We completed each other. Everything yg i buat skrg semua untuk Irfan...
Kesian anak sekecil Irfan terpaksa tempuh hidup tanpa papa (papa choose to leave)... Tapi kalau itu yang terbaik, let it be. InshaAllah ada jalan yg lebih terang untuk kami berdua nanti. Allah Maha Mengetahui, semoga masa depan Irfan akan bersinar... Mama sayang Irfan amat sangat....


Saturday, January 4, 2014

Captain Philip Movie & Box Office cafe

As salam...its movie time! I mmg dh lme nk sgt tgk Captain Philip tp arini bru dpt..huhu. Memang marvellous..good choice! Bayar rm40 utk kapel seat mmg berbaloi. Cerita dia base on true story which an Alabama cargo ship was hijacked by 4 Somalian men. Starring by Tom Hanks & the movie is really awesome. I cried towards the end. The movie duration is around 2 1/2 hours which i go in at 5.30pm & finished at 8.00 pm. Tom Hank as Captain Rich Philip was abused so bad by the somalian. They took him as a hostage & bring him together inside the Alabama rescue boat after their trial to hijack the alabama cargo ship failed...
Nak ckp byk2 pun x leh sbb everyone have to watch the movie ownself so uols can feel the emotions...happy watching!~

Here are some photos of the Box Office Cafe where we having our teatime before watching the movie...

Thursday, January 2, 2014

Sekolah Agama Tahfiz Qiraat An-Nur

As salam...huhuu teruk btol..bila nak post psl skola agama irfan ni reti lak i bg salam yeh? Maaf ye...lenkali i biasakan...
So...today is the real 1st day skool for irfan, skola pagi & skola petang...Skola agama dia i masukkan skola An-Nur sbb dgr kata bagus la jgk kalau stakat dlm Serendah ni. Tapi nama je skola agama swasta, kelengkapan & peralatan tetap sedih..yelah bayar pun x mahal $70 je sebulan..kenalah faham2. Alhamdulillah irfan ok lgsg x nangis. Dah pandai bw diri..cari kawan. Pipah pun sama kelas dgn irfan, pagi & petang. Masa rehat kul 9.00 - 9.20 pagi. Sebak tgk anak yg kecik dh besar & pandai adapt dgn keadaan & situasi semasa. Rehat td pun dia bawa diri sendiri sbb i bekalkan nuget..mmg dia minta bw bekal. Tp i tetap bekalkan duit sikit $3. Dia duduk kat satu sudut, buka bekal & makan. Bila dia nmpk i, dia lambai & senyum. Masa nilah i dpt rasa apa yg org slalu kata "sejuk perut ibu mengandung"... Dh la mlm td dia minta maaf lain mcm. Kata dia, "sorilah mama..mama byk buat baik dgn irfan tapi irfan xde pun buat baik kat mama..irfan asyik nakal je tp mama slalu buat baik jgk...". Ya Allah anak...subhanallah...syukur Kau kurniakan aku anugerah yg sgt istimewa ini...alhamdulillah...
Lps makan, i suh dia simpan bekal sbb dia nak main. I tunjukkan tempat kat mana dia ptot tunggu i masa balik nanti. Dia faham. Alhamdulillah..smg dia ok sampai seterusnya.

-ariaenn-