Thursday, January 23, 2014

23th January was my anniversary....

Hari ni....23th January 2014 suppose to be my 10th anniversary yg sebenarnya i tunggu² sgt... Takdir Allah itu adalah yang terbaik & jangan berprasangka buruk padaNya. Sebelum ni mmg anniversary ke 10 ni yg i tunggu² sgt...nak renew gamba kawen lah, nak honeymoon kat DoubleTree by Hilton. Hurmm x kesampaian semua tu. Kita manusia hanya merancang tapi Allah yang akan menentukan apa yg terbaik bagi kita, inshaAllah.

Hari ni...genap 44 hari i hold the Miss J title. My world become only for me & Irfan. Semua yang i buat hanya untuk Irfan. Tapi i x pernah lupa doakan semoga dia bahagia bersama pilihannya cuma harap dia tak lupa pada tanggungjawab yg masih terikat. Tipulah kalau i kata selama 10 tahun semuanya pahit² belaka. Ada yang indah, ada yg manis of course. Jadi kita pegang kenangan itu supaya kita tidak bermusuhan atau bermasam muka. Antara kita sebenarnya tidak ada banyak masalah cuma pihak ketiga mungkin ada agenda tertentu. Biarkan...

I buat keputusan untuk tak bermusuh dengannya for the sake of Irfan. Kita masih ada anak yg perlu kita jaga emosinya, fikirannya. Irfan anak yg bijak, seawal 6 tahun dah terpaksa lalui hidup tanpa kasih sayang papa. Kini, mama lah mama, mama lah papa bagi dia & alhamdulillah dia sangat memahami & membantu apa yg perlu. Syukur Allah kurniakan i anak yg sgt cerdik & matang. I masih bawa Irfan berjumpa papanya walaupun sukar sgt nak dapat masa drpd pihak sana. I faham, dia perlu jaga hati org disebelah sana. I pun tak mahu dia serba salah & terpaksa memilih. I cuma fikirkan Irfan. Tiap kali papanya tolak ajakan Irfan utk jumpa, Irfan akan diam & kata it's ok. Ya Allah anak mama, tabah sungguh hatimu sayang. Maafkan mama sebab buat Irfan susah, maafkan mama sebab buat Irfan terpaksa lalui pengalaman pahit & terpaksa pendam segala perasaan. Irfan mcm mama, suka pendam perasaan...

Sempena anniversary ke 10 yg tak kesampaian ini, i harap antara i & dia dijauhkan drpd segala permusuhan demi Irfan. Terima kasih atas pengalaman pahit manis sepanjang masa kita bergelar suami isteri. Hidup perlu diteruskan, semoga Allah tabahkan hati mama & Irfan...semoga Allah bagi kekuatan pada kita & permudahkan segala urusan....amin...~

-ariaenn-

2 comments:

  1. Airmata saya bergenang jugak lah...anyway be strong for irfan's sake yea mama!!!!gambate!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. so takdelah tough sangat awak neh...hahaha...sedih memang sedih tapi kena tabah, kena kuat...we only have each other....btw thnx dik~

      Delete