Wednesday, February 5, 2014

Etnik Islam Di Rohingya Sedang Disembelih...SELAMATKAN MEREKA

Pagi ni masa menyelak utusanonline, I ternampak satu artikel pasal etnik Islam di Rohingya. Kita x berapa didedahkan dgn pergolakan yang berlaku di Yangon ini. Tetapi lebih menumpukan pada masyarakar Islam di Palestin, Bosnia & Sudan. Ya, mereka juga memerlukan tetapi masyarakat Islam di Rohingya yang amat dekat dgn kita ni pula mcmana? Terpanggil untuk menyebarkan sedikit tentang apa yg I baca. Mungkin I yang terlambat atau x terdedah dgn info ni so this is just an info for those who didn't know (like me...so sorry)....

LELAKI Islam Rohingya ini memeluk lutut pengawal pantai Bangladesh, merayu agar dia dan keluarganya tidak dihantar balik ke Myanmar kerana tidak mahu menjadi mangsa pembersihan etnik di kampung halamannya pada 19 Jun 2012. - AFP

JARAK Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km) atau 992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah dua jam 13 minit.
Ia terlalu hampir dengan negara kita. Ter¬lalu dekat berbanding dengan negara Pales¬tin, Bosnia atau Sudan.
Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang menjelekkan se¬dang berlaku di negara itu.
Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh majoriti rakyat ne¬gara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia.
Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada manusia berhati binatang itu.
Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat sendiri seperti bina¬tang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan Buddha dan etnik yang ber¬beza daripada kaum majoriti.
Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang menghuni di negara Melayu ini. Majori¬ti Melayu ialah orang yang cukup sabar walaupun sedang diperlakukan dengan macam-macam provokasi, fitnah, prejudis dan prasangka.
Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terha¬dap apa yang berlaku terhadap etnik itu.
Malangnya di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan mengenai politik picisan. Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan.
Saya juga tidak nampak satu kesung¬guhan daripada pihak kerajaan Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang berlaku di negara itu.
Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan dalam hal Rohing¬ya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam negara kepada isu Roh¬ingya ini.
Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan pembunuhan bera¬mai-ramai umat Islam itu.
Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk bersuara dengan kita.
Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini.
Hentikan terus daripada bercakap men¬genai Anwar Ibrahim kerana selagi kita ter¬us bercakap mengenainya, negara ini akan terus berpolitik dan dia akan terus segar-bugar.
Kita semua sudah tahu dia ialah seorang yang gilakan perhatian dan publisiti sejak berada dalam kerajaan BN lagi.
Pedulikan dia. Ayuh alihkan perhatian kepada soal kemanusiaan ini.
Etnik Rohingya sedang disembelih, kam¬pung mereka dibakar. Laporan Agensi Sabtu lalu memetik seorang aktivis Rohingya meny-atakan, anggota etnik dilayan seperti haiwan.
“Saya merasa sangat takut. Kami tidak mempunyai sebarang perlindungan di ne¬gara ini. Kerajaan kami sedang menindas kami," katanya seperti dilaporkan laman web akhbar Burma Times.
Etnik Rohingya Islam sering menjadi mangsa penindasan pihak berkuasa Myan¬mar dengan ada antara wanita dan gadis di¬rogol serta dibunuh dengan kejam.
Tahun lalu, saluran televisyen BBC me¬laporkan, kanak-kanak Rohingya Islam dibakar hidup-hidup ketika konflik agama dan etnik itu merebak di tengah Myanmar.
Kebanyakan serangan itu turut dirakam di hadapan anggota polis Myanmar, lapor BBC.
Laporan terbaharu dari daerah Naypy¬idaw, Sabtu lalu, menyebut Myanmar me¬mulakan operasi pembersihan etnik Ro¬hingya Islam apabila seorang saksi yang terselamat mendakwa sebanyak 700 wanita dan kanak-kanak dibawa menaiki beberapa trak tentera ke lokasi yang tidak dinyatakan dalam satu kejadian 22 Januari lalu.
Menurut saksi itu, Aisha kepada badan ke¬bajikan Partners Relief Development (PRAD), dia melihat banyak trak tentera membawa askar dan anggota pelampau bersenjata api dan belantan memasuki kampungnya, Kil¬ladong Majarpara, di barat Myanmar yang didiami lebih 2,500 orang etnik itu.
Ayuh umat Islam Malaysia, kasihanilah saudara seagama kita di sana. Bersatulah. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Amnesty International hanya buat bising jika polis kita menyembur air ke atas para pendemo pakatan pembangkang, tapi di mana mereka apabila etnik itu sedang diha¬puskan?
Di mana masyarakat antarabangsa?
Mengapa Amerika Syarikat tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar di atas pembunuhan beramai-ramai itu?
Adakah sekatan ekonomi hanya dikena¬kan semasa darling Barat yang mereka panggil pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah?
Apakah mereka mahu melihat satu lagi Bosnia yang disembelih oleh Serb tanpa dipedulikan oleh sesiapa?

No comments:

Post a Comment