Tuesday, November 18, 2014

Ada Apa Dengan Cinta Reunion Short Film
















Woww...this short video really make my day. It was 12 years ago when i watch it, Ada Apa Dengan Cinta. Wahh...fenomenanya masa tu...Cinta...Rangga... So sweet! And baru² ni aku terdengar pasal AADC ni. Rupanya short video...dah ramai yg upload pun. Teruja punya pasal, time boss aku entah kemana ni aku pun buka lah Youtube.

Homai homai homai...melting kejap bila tgk video ni. Seronok sgt tgk friendship diorang. How I wish i have a bunch of good friends like this? Schooling together, grow up together...

Sebenarnya sekuel short video ni adalah untuk mempromosikan function terbaru application LINE, iaitu LINE ALUMNI. Memang bijak sangat diorang ambil sesuatu yang pernah popular dulu, mcm filem AADC ni untuk relate kan dgn function Line Alumni ni. Maybe orang x terfikir pun pasal filem ni dah. Tapi bila ada come back cmgni, secara tak langsung mempromosikan jugak filem ni semula. Banyak pihak yang akan dapat keuntungan daripada kebijaksanaan marketing team Line ni. Hihihi...kreatif..kreatif...

Aku harap sgt akan ada sekuel daripada filem ni later. Rindu sgt nak tgk Rangga & Cinta. 

AADC 2002 vs AADC 2014...

-mamairfan-


Monday, November 17, 2014

Irfan @ Kidzania

Heyya...at last jejak jugak Irfan ke Kidzania. Dah lama sgt rasanya dia sebut sebut nak g Kidzania tu. Ni aku ada masa takde class ni, aku bawa lah dia. Lagipun baru² ni dia mcm rindu sgt kat papa dia. So, sbb nak happy kan dia, aku pun bawa lah...

Masuk-masuk je blur...cuma yang aku dah google, kena tukarkan cheque yang dia dapat kat CIMB Bank kepada cash. So, kami pun cari CIMB...x jauh sgt lah daripada entrance tu. Lepas tu dia dah mula rambang mata tgk mcm² office ada kat dalam Kidzania World tu. Time tu tak ramai org lagi. Tapi sbb jam belum pukul 10am, semua tempat tu masih tutup. Cuma kat Fire Station je ramai dah beratur. So tiba-tiba datang staff Kidzania yang jaga kat Main entrance tadi tu, dia bagi tips, suruh pegi kat AirAsia SkyRider.

Irfan pulak yang mmg nak sgt sgt jadik pilot, melompat la cari SkyRider tu. Sampai je baru ada 2 org beratur. Dia pun beratur sekali. Mula² dia beratur nak x nak je. Kejap melompat ke belakang, ke depan. Irfan...biasalah x leh dok dia. Last² bila dia dh mula faham yang kalau dia x beratur elok², org akan amek tempat dia, barulah dia dok beratur diam diam.

Dia nak jadi pilot so, aku tgk daripada luar je. Nampak la diorg pakaikan dia baju kemeja putih mcm pilot tu, dgn topi pilot. Segak anak aku. Tapi parents dok kat luar langsung x nampak anak² kat dalam tu. Jawabnya kenalah beli gambar yang cameraman profesional Kidzania snapkan utk kita (RM25/sekeping). Takpelah, Irfan punya pasal..mama no hal.


The best part...As an AirAsia Pilot
Makanan kat dalam tu ada banyak. Banyak cafe...ada restaurant jugak...aku lupa pulak nama restaurant tu ;-). Tapi suka nak diingatkan, makanan kat tempat mcm gitu kenalah standby RM baaanyak baaanyak. Sbb harga 1 pc sausage cheese kalau x silap aku RM5 ke RM6. Nasi goreng + soft drink RM10. Ok kalau sorang dua, tapi kalau ramai² mengah jugak kan?

As a Prosecutor
Gambar atas ni masa Irfan jadi Prosecutor. Ada satu group budak² sekolah menengah nak masuk. Aku kira² ada 6 org. Tgk kat signboard kat luar tu nak 7 org. So, aku kata kat Irfan, ok boleh beratur. Tapi yang kelakarnya Irfan sorg je yang kecik. Tapi kalau ikut had umur, dia nak 6+ kira boleh la. Cuma group yang Irfan join tu je nampak mcm x sesuai. Haha takpe Irfan berani.


As a Mechanic
 Yang ni dia jadik mechanic. Mulanya dia nak bawa kereta. Tapi sebab had ketinggian untuk bawa kereta tu dia x lepas, aku pujuk dia jadik mechanic je. Dia enjoy jugak bukak pasang tayar kereta. Yang aku perasan, dia dah mula pandai beratur. Dia x bagi org potong line dia.


As a Policeman
Atas tu dia jadi policeman. Dia sgt suka jugak. Sampai nak jadik policeman utk 2nd round. Dengan uniform police dia, cap police...aku tgk dia kuar drpd police station tu bawa cone. Rupanya nak jaga jalan time Fireman padamkan kebakaran kat satu hotel dalam Kidzania City tu. Serius sungguh muka dia time jaga jalan tu. Hahaa...Irfan...Irfan...


As an Endoscopy Surgeon
 Yang ni mencabar sikit sbb Irfan tunggu kat dalam tu lama sgt. Sampai dia dah bosan duduk, dia pegi pulak melawat kawasan dalam tu. Tgk nurse training tukar lampin, susukan baby. Padahal Irfan tu surgeon. Haha tggu turn lama sgt tu la jadi dia. Tapi dia memang minat jadi endoscopy surgeon. Dia suka tgk bahagian organ dalaman ni. Eiishh kalau mama? Ngeri...!!

As a Dell Engineer
Engineer Dell ni sebenarnya pekerjaan kedua yang Irfan kerja lepas jadik Pilot. Ok jugak tapi mungkin x menepati minat dia. Haa..yang bestnya time ni kita boleh nampak kecenderungan anak² kita untuk jadi apa. Yang ni, mula² dia buat puzzle rasanya kat laptop tu. Pastu dia beralih ke laptop lain & trainer dia ajar pasal parts kat notebook & cara pasang dia. Irfan dapat sijil lepas habis training ni. 

So, that's all untuk entri kali ni. Mama beli gamba Irfan 4 keping 6R + fridge magnet gamba Irfan + keychain gambar Irfan + 1 pilot card = RM130. Oklah. Mahal tapi untuk Irfan x terasa apa...buah hati mama ada sorang je. Kalau bukan untuk Irfan, mama nak belanja siapa lagi? Rezeki anak...

-mamairfan-

Friday, November 14, 2014

Kurang sebulan genaplah SETAHUN..

Tengah dok busy busy buat keje kat ofis, tiba² teringat hari ni 14hb November 2014. Check² calender, kira punya kira, tak sampai sebulan lagi, genaplah setahun usia perpisahan antara kami (aku & Irfan) dgn insan itu. Hurmm...perasaan? Untuk aku, mungkin aku redha & pandang ke depan. Lagipun aku lebih berminat dgn kebaikan yang aku dapat daripada perpisahan itu. Hati aku lebih tenang, kewangan aku di tahap yang ok ok gitu, hidup lebih ceria...mungkin sebab kurang masalah. Untuk Irfan...? Hmmm...susahnya nak predict perasaan anak kecil ni.

Apa yang boleh aku katakan, dia agak nakal baru² ni. Susahnya nak dengar cakap kami semua (tokmi, atuk, acu & mama). So, pada mulanya kami marahkan jugak bila dia degil & nakal. Tapi lama² bila dia kata, "kalau adik nakal, semua org suka...kalau adik buat irfan, irfan jugak yang kena marah...", korang rasa hati aku macamana? Kami cuba sabar sedaya mungkin lebih² lagi aku. Sejak tersebarnya aku ni single mother kat neighbourhood aku dan sejak mereka mula pasang spotlight menghala ke rumah aku untuk spotcheck apa segala gerak geri aku, memang sedaya upaya aku akan ajak Irfan balik rumah. Kalau tak, memang Irfan suka lepak kat rumah tokmi dia lah. Kalau dia kat rumah aku, senang aku nak pantau, nak nasihat dia. Tapi kalau kat rumah mak, aku risau kalau² diorg hilang sabar kat Irfan. Yelah, aku ni mak...sikit sebanyak mesti terasa kalau Irfan kena marah. Bukan terasa apa, cuma kesiankan Irfan je.

Aku rasa Irfan mesti selalu fikir yang hidup dia tak sempurna mcm orang lain. Walaupun dia dikelilingi atuk, nenek, pak cu, kazen²...aku tau ada sesuatu jauh di sudut hati dia yang hilang...yang tak sempurna. Tapi Irfan ni jenis diam...pendam... Atau maybe dia tak tau cane nak cakap. Bila ditanya, "ingat papa ke?", dia kata, "eh, takdelah". 

Kadang² aku sangat terasa hati bila abg aku selalu marah Irfan. Pandang Irfan macam nak telan orang. Irfan nakal, memang kena marah. Bila dia main dgn anak dia, Imran, takde lah dia nak main sekali dgn Irfan. Imran manja dgn aku. Aku bukan nak dia balas apa yang aku buat. Tapi cubalah faham, anak aku tu takde ayah, tak boleh ke pakcik dia sendiri isi kekosongan tu? Memang sedih tgk cara abg aku layan Irfan. Mula dulu aku fikir aku sorang je yang rasa cmgtu. Tapi rupanya Amir, ayah & mak pun rasa cmgtu. Kadang² Irfan mengadu sambil nangis, "Kenapa abi tu mcm tu?".

Aku pernah whatsapp abg & luahkan apa yang terbuku dalam hati aku, aku minta dia jadilah ayah pada Irfan. Dia kata ok. Tapi kejap je...lepas tu sama je.

Kesian Irfan. Dia permata dalam hidup aku. Aku hanya ada dia & dia hanya ada aku. Bagi aku dia memang anugerah yang tak ternilai. Aku cuba jadi peindung dia. Aku cuba bagi sesempurna yang mungkin untuk dia. Dia anak yang sgt bijak tapi yang aku perasan baru² ni prestasi pelajaran dia semakin menurun. Semoga Allah kuatkan semangat kami menempuh hari² mendatang.

Hidup aku adalah untuk IRFAN. 

-mamairfan-

Berbuka Puasa & Doa Selamat @ Our Newly Renovated House

Alhamdulillah...syukur...

Akhirnya siap jugak rumah mak...hihi. Seronok tgk parents kita happy. Tapi penat...aku tau semua org penat. Mak sangat penat, mana nak tolong aku jaga Irfan, nak kemas rumah, nak pindah, nak buat doa selamat. Tapi yang aku tau, diorang happy. 

13 November 2014, jam 6.30pm kami jemput adik-adik aku kat tahfiz yang ayah usahakan, Madrasah Tahfiz Al-Mustaqim Serendah untuk berbuka puasa, solat maghrib & buat doa selamat sikit. Ni baru jemput adik-adik aku kat tahfiz je InshaAllah kalau ada rezeki, kami jemput sedara mara. Jiran² yang banyak busy body, cari salah org, mengata bagai...emmm tgk dulu cane. Huhuu jahatnya aku. Ayah kata, biar org buat kita, kita jangan buat org. 

Petang tu, aku balik keje terus g rumah baru...wow rumah baru tu...! Tgk² mak dah busy kat dapur dgn ayah. Adik² ada dalam 45 orang semuanya. Tapi 10 minit kemudian, diorang sampai. Ada 4-5 orang yang masuk ke dapur bantu apa yg patut. Hehe...

Irfan mcm biasalah, berlari sana sini. Hyper kan... So, ni aku belanja foto-foto sekitar majlis kami yg comel tu...

-mamairfan-



















Jangan Bina Kebahagiaan Atas Penderitaan Orang Lain

Semakin hari, semakin semak fikiran aku dgn kerenah 'kakak' (wanita yang menganggu hidup aku & Irfan). Ada aja yang dia x puas hati. Yang kelakarnya, dia nak ber whatsapp dgn aku, tapi apa yang kita cakap semua dia x nak terima. Lepas tu segala jawapan aku pada soalan dia, semua dia putar jadik lain. Hahaa...tak faham kan? Aku pun x faham masalahnya. Sekarang dia dah mula meroyan kat 'insan itu'. Hah, ikut korang la nak jadik cane pun. Aku dah ikut pening dah dgn korang berdua ni.
Dia nak cabar nafkah & perjanjian yang dah dipersetujui? Dia minta bahagian dia? Dia minta hak dia? Alahmak..ni kalau suruh budak 7 tahun fikir pun faham kot? "Kak, kalau akk nak cabar keputusan mahkamah, nak cabar nafkah Irfan pun, akk pergilah kahwin dulu dgn dia...", itu yang cuba aku katakan pada kakak. Susah ke nak faham? Kakak asik whatsapp aku, cakap pasal mana hak dia? Kenapa insan itu x tanggung dia? Kenapa aku ambik duit insan itu? Kenapa insan itu kena bagi duit tiap² bulan kat aku? Hmm...itu aku belum tanya lagi, apa pulak ikatan dia dgn insan itu? Baru merancang nk kawen... Tapi dh tanya pasal hak? Nafikan hak irfan? Aku ni jenis, kalau org buat aku, aku leh diam.. Tapi jangan sesekali sentuh pasal anak aku. Bila aku kata, kalau rasa aku salah, bincang lah di mahkamah. Pandai pulak ingat kan aku yang insan itu papa irfan. Takkan aku nk susahkan papa irfan? Tang tu dia tau pulak? Tang duit? Langgar semua? Yang ko ceroboh rumah aku, privacy aku semua tu? Cane nk kira lak tu?
Kadang² aku kesian mengenangkan insan itu... Dulu aku adakan segalanya. Sekarang dia terpaksa susah payah sbb kakak x penah cukup. Tak sanggup susah bersama insan itu. Mungkin mmg itulah tujuan kakak mula mula dulu. Dia ingat boleh tumpang senang. Sebab tu awal awal dulu dia x bagi kami berpisah. Dia kata dia sanggup 'share'. Gilalah... Sekarang? Kalau ada perempuan lain nak share dgn dia, tengok dia sanggup ke x? Insan itu nk jumpa anak sendiri pun kakak bagi syarat mcm mcm. Baru keluar rumah dah call aku, pesan suruh insan itu balik cepat  jgn lama lama.. Huh..
Apa rasanya? Hidup dalam ketakutan... Sentiasa takut laki (tp belum kawen) balik pada bekas isteri? Lain kali jangan ganggu rumah tangga org. Hidup kau yg akan dihantui apa yg kau pernah buat pada org lain. Laki kau keluar jumpa org lain kau x tau. Kau ingat dia jumpa aku, padahal dah dekat setahun aku x jumpa insan itu. Sedih... Kesian... Dibayangi perlakuan sendiri.
Jangan sekali kali bina kebahagiaan di atas kehancuran, kesedihan org lain. Allah tu adil. Org yg teraniaya sentiasa di lindungi Nya.
Aku harap insan itu dapat jaga diri baik baik. Walau apapun, dia tetap insan yg pernah bersama dengan aku & irfan suatu ketika dulu. Semoga Allah lindungi dia. 

-mamairfan-

Thursday, November 13, 2014

Kami dah teruskan hidup, kenapa kamu masih di situ?

Assalamualaikum...(aku pun tak pasti sama ada blog ini ada pengikut atau tak hihihi)

Kadang-kadang kita terlupa, tak perasan yang kita boleh bercerita di blog ini. Kadang-kadang kita rasa lost dalam sesuatu situasi. Sampai kita tak tau arah tuju kita. Tapi aku rasa, alhamdulillah aku masih berada di atas landasan yang sepatutnya aku ikut. Allah ada. Dia dah anugerahkan pada aku anugerah yang paling indah, Irfan yang akan bersama aku susah dan senang.

Baru-baru ni, tiba-tiba je 'insan itu' (yang pernah aku temani sewaktu dia susah...) bertindak di luar jangkaan aku. Selama hidup sendiri, alhamdulillah walaupun kadang-kadang insan itu tak tepati janji, aku tetap redha dgn apa yg Allah tetapkan untuk aku. Nafkah irfan, perbelanjaan seperti dalam perjanjian, semuanya di tahap ok. Tak lah marvellous tapi aku faham keadaan insan itu. There you go? Aku faham keadaan dia. Tapi tiba-tiba dia diam (x nak jawab call, x jawab sms bila perlu). Aku jarang sms kalau takde apa-apa hal.

Last-last rupanya baru aku tau, dia ada issue tak puas hati tiba-tiba lepas jumpa sorang ustaz kat Kuang ni. Ustaz tu x salah, cuma info yang dia bagi tu yang x tepat. Berkenaan perjanjian yang kami buat di luar mahkamah setahun yang lepas masa nak berpisah. Tiba-tiba agaknya kepala insan itu terhantuk agaknya, dia terus terlupa pasal perjanjian yang dia sendiri setuju dulu. Kami buat perjanjian tu atas sebab dia tak nak aku bawa kes jadi lebih besar, dia tak nak aku buat report polis dan dakwa dia di mahkamah. Jadi, sebab masih ada perasaan belas kesian yg Allah kurniakan pada aku, aku setuju dgn syarat.

So, kami buat perjanjian & tandatangan bersama dgn sorang saksi. Baru-baru ni bila issue duit ni dipertikaikan balik oleh insan itu, aku ambil langkah selamatkan irfan dulu. Aku dapatkan legal advice & ternyata perjanjian yang kami buat tu valid di mahkamah. Tapi aku masih buka peluang pada insan itu untuk berbincang & setel cara elok. Mula-mula dia berdegil. Aku kesian sebenarnya pada dia. Yang bermesej dgn aku adalah perempuan yang tinggal bersama dia. Aku nama kan 'akk'. Memang itulah panggilan aku pada dia yang aku anggap panggilan yang amat bermaruah untuk seorang perempuan yang telah hancurkan hidup aku & lebih penting lagi hidup Irfan. Aku datang drpd keluarga yg ada budi bahasa, jadi biarlah aku kekalkan itu.


Kat sini mmg aku tak disclose kan lah cerita sebenar kenapa terjadinya 'hari hitam' dalam hidup kami tu. Untuk menjaga aib mereka. Biarlah Allah saja yang buka aib itu kerana bukan hak aku untuk buat cmgtu. Aku pun bukannya baik mcm malaikat.

So, akk mesej dgn aku seakan akan aku yang salah dalam semua hal ni. Itu yang peliknya mereka ni. Diorang yang buat hal, diorang yang hancurkan hidup kami, tapi disebabkan aku x berdendam, mereka pulak naik atas kepala. Akk daripada awal lagi asyik tuntut hak dia. Hak apa ek? Sebab diorang tak ada ikatan sah pun. Cuma tinggal bersama, itu je...nauzubillah. Jadi aku tak faham setiap hak yang dia tuntut tu. Dia sedaya upaya perjuangkan hak dia dan dia kata yang dia tak patut bantu insan itu. Bagi akk, sepatutnya insan itu yang menanggung segala perbelanjaan dalam & luar. Haha...kalaulah aku boleh ceritakan sewaktu aku hidup dgn insan itu, apa yang aku dapat....hmm... Sedih jugak bila insan yang kita terima hadir dalam hidup kita, yang seawalnya tak punya apa-apa, kita jadikan dia manusia yang berguna, bantu sedaya upaya, susah bersama dia. Tapi akhirnya terkulai di samping orang lain. Aku redha.

Cuma apa yang aku kesiankan pada insan itu, dia masih x dapat menilai. Akk minta, tuntut macam-macam walaupun bukan hak dia. Hak Irfan pun dia nafikan. Insan itu pula, kerana sayang, dia jadi buta. Semasa bersama aku, aku langsung x harapkan apa-apa, tapi bila aku fikirkan, sekarang aku mesti tuntut hak Irfan. Jadi, bila insan itu kata dia nak tarik balik perjanjian yang dia sendiri buat dulu masa kami nak berpisah, aku terpaksa bertindak.

Aku masih bertolak ansur dgn ajak insan itu berbincang. Aku sanggup kurangkan nilai perjanjian kami, semata-mata nak ringankan bebannya. Mula-mula dia sombong, x nak berbincang padahal aku ni nak tolong. Ntah kenapa akhirnya dia berbincang juga dgn aku, walaupun hanya di telefon & loud speaker sbb akk nak dengar. It's ok for me. Dia x fikir yang dia banyak tipu aku, tipu akk yang mana akk tu langsung x tau.
Beberapa bulan lepas insan itu ada whatsapp aku semata mata suruh aku cover dgn akk yang dia keluar lepaking dgn kawan-kawan 'beetalk'. Ha? Selain daripada tu, walaupun dh berpisah, pernah jugak dia call aku nak pinjam duit. Akk cuma nak senang. Tapi bagi aku, akk bertuah sbb insan itu terlalu sayangkan dia. Aku dulu, emh...aku yang kena bantu dia. Tapi rasanya sampai sekarang jugak lah kot.

So, lepas perbincangan pendek di telefon yang loudspeaker tu, baru aku tau kenapa dia nak kurangkan nilai perjanjian. Sebab nak kahwin dgn akk. Haaa...baru lah mengaku tak kawen lagi. Aku dah lama suruh diorg kawen. Sejak insan itu keluar dari rumah kami, aku dah harap diorg kawen. Aku dgn Irfan dah berkorban serahkan insan itu pada akk, tapi diorg lebih seronok tinggal bersama tanpa ikatan. Western style!
Cane nak kata ek? Diorg tak tau ke apa yang kita buat atas muka bumi ni semua ada balasan? Diorg tak fikir semua tu, yang diorg tahu, nak senang. Tapi bina kesenangan, bina kebahagiaan atas kesusahan, kesengsaraan org lain.

So sekarang, akk tu nak tuntut kesenangan, selama ni diorang sewa bilik tapi sekarang katanya dah nak kawen so nak sewa rumah yang proper. Masalah aku ke? Tapi yang jadi masalah aku sekarang ni sebab akk tu dah mula suruh insan itu (yang berakal tapi x berapa nak gunakan akal) tarik segala hak Irfan, hak perjanjian yang kami buat dulu. Dengan kata lain, nak susahkan aku. Kalau lah aku ni bukan dilahirkan dgn hati yang murni, memang aku dah bawa kes ni ke mahkamah. Akk tu pulak, bila kita cakap pasal mahkamah, pasal balai polis, ketar lutut bagai. Aku akan dapat msg drpd dia berbunyi cmgni, "akak dah balik kg (Indon)..belum tahu lagi bila balik sini semula". Adoiyaii...larikk..!!!

Aku dgn Irfan x kira lah diorang nak macamana pun, tapi jangan lah babitkan kami, jangan susahkan kami, perjanjian tetap perjanjian, itu hal lain. Korang nak bina hidup ke, bina apa ke, korang fikirlah bersama. Bukan ke susah senang kena bersama? Tak perlu aku suruh insan itu nilaikan mcmana hidup dia masa dgn aku & Irfan, dengan hidup dia bersama akk. Dia sepatutnya ada akal fikiran boleh fikir sendiri. Segala apa yang dia tuduh aku dulu, berbalik semula dalam kehidupan dia. Lihatlah dunia, betapa kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Subhanallah...

Aku cuma harap, aku diberi rezeki yang lebih supaya aku dapat beri kehidupan yang sempurna untuk Irfan. kalau boleh, dah tak nak ada apa² ikatan dengan insan itu. Bukan sebab kejam, tapi penat berdepan dengan masalah mereka yang tak habis² nak drag kami sama. Semoga Allah bukakan pintu hati mereka, berikan hidayah & kehidupan yang sempurna untuk mereka.

Aku & Irfan? Alhamdulillah kami bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kami. Semoga kami terus bersyukur & janganlah palingkan hati kami jauh daripadaNya.

-mamairfan-