
Kadang-kadang kita terlupa, tak perasan yang kita boleh bercerita di blog ini. Kadang-kadang kita rasa lost dalam sesuatu situasi. Sampai kita tak tau arah tuju kita. Tapi aku rasa, alhamdulillah aku masih berada di atas landasan yang sepatutnya aku ikut. Allah ada. Dia dah anugerahkan pada aku anugerah yang paling indah, Irfan yang akan bersama aku susah dan senang.
Baru-baru ni, tiba-tiba je 'insan itu' (yang pernah aku temani sewaktu dia susah...) bertindak di luar jangkaan aku. Selama hidup sendiri, alhamdulillah walaupun kadang-kadang insan itu tak tepati janji, aku tetap redha dgn apa yg Allah tetapkan untuk aku. Nafkah irfan, perbelanjaan seperti dalam perjanjian, semuanya di tahap ok. Tak lah marvellous tapi aku faham keadaan insan itu. There you go? Aku faham keadaan dia. Tapi tiba-tiba dia diam (x nak jawab call, x jawab sms bila perlu). Aku jarang sms kalau takde apa-apa hal.
Last-last rupanya baru aku tau, dia ada issue tak puas hati tiba-tiba lepas jumpa sorang ustaz kat Kuang ni. Ustaz tu x salah, cuma info yang dia bagi tu yang x tepat. Berkenaan perjanjian yang kami buat di luar mahkamah setahun yang lepas masa nak berpisah. Tiba-tiba agaknya kepala insan itu terhantuk agaknya, dia terus terlupa pasal perjanjian yang dia sendiri setuju dulu. Kami buat perjanjian tu atas sebab dia tak nak aku bawa kes jadi lebih besar, dia tak nak aku buat report polis dan dakwa dia di mahkamah. Jadi, sebab masih ada perasaan belas kesian yg Allah kurniakan pada aku, aku setuju dgn syarat.
So, kami buat perjanjian & tandatangan bersama dgn sorang saksi. Baru-baru ni bila issue duit ni dipertikaikan balik oleh insan itu, aku ambil langkah selamatkan irfan dulu. Aku dapatkan legal advice & ternyata perjanjian yang kami buat tu valid di mahkamah. Tapi aku masih buka peluang pada insan itu untuk berbincang & setel cara elok. Mula-mula dia berdegil. Aku kesian sebenarnya pada dia. Yang bermesej dgn aku adalah perempuan yang tinggal bersama dia. Aku nama kan 'akk'. Memang itulah panggilan aku pada dia yang aku anggap panggilan yang amat bermaruah untuk seorang perempuan yang telah hancurkan hidup aku & lebih penting lagi hidup Irfan. Aku datang drpd keluarga yg ada budi bahasa, jadi biarlah aku kekalkan itu.
Kat sini mmg aku tak disclose kan lah cerita sebenar kenapa terjadinya 'hari hitam' dalam hidup kami tu. Untuk menjaga aib mereka. Biarlah Allah saja yang buka aib itu kerana bukan hak aku untuk buat cmgtu. Aku pun bukannya baik mcm malaikat.
So, akk mesej dgn aku seakan akan aku yang salah dalam semua hal ni. Itu yang peliknya mereka ni. Diorang yang buat hal, diorang yang hancurkan hidup kami, tapi disebabkan aku x berdendam, mereka pulak naik atas kepala. Akk daripada awal lagi asyik tuntut hak dia. Hak apa ek? Sebab diorang tak ada ikatan sah pun. Cuma tinggal bersama, itu je...nauzubillah. Jadi aku tak faham setiap hak yang dia tuntut tu. Dia sedaya upaya perjuangkan hak dia dan dia kata yang dia tak patut bantu insan itu. Bagi akk, sepatutnya insan itu yang menanggung segala perbelanjaan dalam & luar. Haha...kalaulah aku boleh ceritakan sewaktu aku hidup dgn insan itu, apa yang aku dapat....hmm... Sedih jugak bila insan yang kita terima hadir dalam hidup kita, yang seawalnya tak punya apa-apa, kita jadikan dia manusia yang berguna, bantu sedaya upaya, susah bersama dia. Tapi akhirnya terkulai di samping orang lain. Aku redha.
Cuma apa yang aku kesiankan pada insan itu, dia masih x dapat menilai. Akk minta, tuntut macam-macam walaupun bukan hak dia. Hak Irfan pun dia nafikan. Insan itu pula, kerana sayang, dia jadi buta. Semasa bersama aku, aku langsung x harapkan apa-apa, tapi bila aku fikirkan, sekarang aku mesti tuntut hak Irfan. Jadi, bila insan itu kata dia nak tarik balik perjanjian yang dia sendiri buat dulu masa kami nak berpisah, aku terpaksa bertindak.
Aku masih bertolak ansur dgn ajak insan itu berbincang. Aku sanggup kurangkan nilai perjanjian kami, semata-mata nak ringankan bebannya. Mula-mula dia sombong, x nak berbincang padahal aku ni nak tolong. Ntah kenapa akhirnya dia berbincang juga dgn aku, walaupun hanya di telefon & loud speaker sbb akk nak dengar. It's ok for me. Dia x fikir yang dia banyak tipu aku, tipu akk yang mana akk tu langsung x tau.
Beberapa bulan lepas insan itu ada whatsapp aku semata mata suruh aku cover dgn akk yang dia keluar lepaking dgn kawan-kawan 'beetalk'. Ha? Selain daripada tu, walaupun dh berpisah, pernah jugak dia call aku nak pinjam duit. Akk cuma nak senang. Tapi bagi aku, akk bertuah sbb insan itu terlalu sayangkan dia. Aku dulu, emh...aku yang kena bantu dia. Tapi rasanya sampai sekarang jugak lah kot.
So, lepas perbincangan pendek di telefon yang loudspeaker tu, baru aku tau kenapa dia nak kurangkan nilai perjanjian. Sebab nak kahwin dgn akk. Haaa...baru lah mengaku tak kawen lagi. Aku dah lama suruh diorg kawen. Sejak insan itu keluar dari rumah kami, aku dah harap diorg kawen. Aku dgn Irfan dah berkorban serahkan insan itu pada akk, tapi diorg lebih seronok tinggal bersama tanpa ikatan. Western style!
Cane nak kata ek? Diorg tak tau ke apa yang kita buat atas muka bumi ni semua ada balasan? Diorg tak fikir semua tu, yang diorg tahu, nak senang. Tapi bina kesenangan, bina kebahagiaan atas kesusahan, kesengsaraan org lain.
So sekarang, akk tu nak tuntut kesenangan, selama ni diorang sewa bilik tapi sekarang katanya dah nak kawen so nak sewa rumah yang proper. Masalah aku ke? Tapi yang jadi masalah aku sekarang ni sebab akk tu dah mula suruh insan itu (yang berakal tapi x berapa nak gunakan akal) tarik segala hak Irfan, hak perjanjian yang kami buat dulu. Dengan kata lain, nak susahkan aku. Kalau lah aku ni bukan dilahirkan dgn hati yang murni, memang aku dah bawa kes ni ke mahkamah. Akk tu pulak, bila kita cakap pasal mahkamah, pasal balai polis, ketar lutut bagai. Aku akan dapat msg drpd dia berbunyi cmgni, "akak dah balik kg (Indon)..belum tahu lagi bila balik sini semula". Adoiyaii...larikk..!!!
Aku dgn Irfan x kira lah diorang nak macamana pun, tapi jangan lah babitkan kami, jangan susahkan kami, perjanjian tetap perjanjian, itu hal lain. Korang nak bina hidup ke, bina apa ke, korang fikirlah bersama. Bukan ke susah senang kena bersama? Tak perlu aku suruh insan itu nilaikan mcmana hidup dia masa dgn aku & Irfan, dengan hidup dia bersama akk. Dia sepatutnya ada akal fikiran boleh fikir sendiri. Segala apa yang dia tuduh aku dulu, berbalik semula dalam kehidupan dia. Lihatlah dunia, betapa kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Subhanallah...
Aku cuma harap, aku diberi rezeki yang lebih supaya aku dapat beri kehidupan yang sempurna untuk Irfan. kalau boleh, dah tak nak ada apa² ikatan dengan insan itu. Bukan sebab kejam, tapi penat berdepan dengan masalah mereka yang tak habis² nak drag kami sama. Semoga Allah bukakan pintu hati mereka, berikan hidayah & kehidupan yang sempurna untuk mereka.
Aku & Irfan? Alhamdulillah kami bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kami. Semoga kami terus bersyukur & janganlah palingkan hati kami jauh daripadaNya.
-mamairfan-
No comments:
Post a Comment