Wednesday, September 6, 2017
Car Service Centre - Baby & Kids Friendly
Friday, April 28, 2017
Mom to be : Panduan Daftar Kelahiran Anak di JPN
Assalamualaikum all... 😇
Hehe entri ni maybe akan ada beberapa revise sbb 1st kita create entri ni adalah sebelum bersalin lagi, which is 30 days to due date. Hehe nampak tak ke'excited'an nya? 😅 Bukan apa, actually ini lebih kepada panduan utk si Daddy nanti...
So, drpd apa yg kita baca, pendaftaran hendak lah dibuat dalam masa 14 hari selepas kelahiran baby comel kita ye. Lepas drpd 14 hari, ada denda yang akan dikenakan mengikut tempoh kelewatannya. Sebelum pegi JPN tu daddy kenalah siapkan semua dokumen yang diperlukan original mahupun salinan ye. MyKid boleh jugak buat kat cawangan JPN yg kita daftarkan kelahiran tu cumanya cepat dgn lambat jelah proses siap MyKid tu nanti sbb org JPN kata kalau buat kat Putrajaya, boleh siap time tu jugak.
Kat bawah ni ada sikit panduan yang kita dpt drpd article yg kita Google..
Siapa Yang Boleh Membuat Pendaftaran Anak
1. Ibu atau bapa kanak-kanak
2. Penjaga Kanak-Kanak yang sah
3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran anak tersebut.
Dokumen Untuk Urusan Pendaftaran Anak
1. Kad Pengenalan ibu dan ayah (Original dan salinan)
2. Sijil Nikah (Original dan Salinan)
3. Borang Pengesahan Kelahiran dari KKM(Hospital akan berikan)
4. Buku Merah iaitu Rekod Kesihatan Ibu
Buku merah itu perlu di buat salinan di muka hadapan,muka surat 2,3,18 dan 19 yang mengandungi maklumat berkaitan kelahiran anak kita.
So, harap ini membantu jugak utk parents yang musykil atau X sure apa yang nak kena bawa masa daftar kelahiran anak. Kami pun sebenarnya x sure sgt kot kot ada perubahan ke. Walaupun ini anak ke 2, tp yang 1st utk daddy 😉
And by the way, tahniah uols atas kelahiran anugerah Allah yg tak terhingga...
Mom to be : Sukar Tidur Dalam Trimester Ke 3
Assalamualaikum all...
Hmm, now dah masuk 36 weeks. Malam tadi before tido nangis dulu sbb badan semua habis sakit sakit, kematu, cramp. Irfan demam panas, after balik dari Aniza Medical Centre, singgah PHD tapau mushroom soup & garlic bread for Irfan, pizza for daddy. Oh ya, daddy balik lambat as usual (cian daddy).
So, back to the topic. Dh sebulan ni mmg kurang tido, usually tido pukul 2 am paling awal & tido pukul 4 am lebih tu perkara biasa. Kdg2 kalau tertido awal sbb penat sgt like at 12am,kita akan terjaga around 4am & X leh tido balik dah.
Mcm mlm nilah. Tido lebih kurang kul 1am. And bila bangun utk gi toilet, terus x leh tido dah dari 4.30am. Benda ni kalau kita baca kat mana2 pregnancy articles, it's common. So, sampai bersalin nanti hadap je. Skrg rasa mcm susah tp lepas bersalin nanti benda2 gini lah yg buat kita rindu.. 😌
Antara short articles yg kita baca dari babycenter.com.my:
Apabila anda semakin hampir untuk bersalin, tidur nyenyak kini hanyalah kenangan sahaja. Dalam trimester ketiga, semakin sukar bagi anda untuk tidur nyenyak. Anda tidak keseorangan dalam perkara ini. Lebih separuh daripada wanita hamil mengalami masalah ini.
Mengapakah saya sukar tidur nyenyak dalam trimester ketiga?
Menjelang trimester ketiga, perut anda telah menjadi terlalu besar sehingga sukar untuk anda baring dengan selesa. Cuba tidur mengiring ke kiri dengan beberapa biji bantal diletakkan di celah kaki dan belakang anda.
Dalam satu kajian kecil, didapati bahawa kemungkinan bayi dilahirkan mati adalah kurang bagi wanita yang tidur mengiring ke kiri berbanding mereka yang tidur dalam posisi lain.
Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan apakah yang menyebabkan bayi mati semasa dilahirkan dan banyak faktor yang terlibat. Kajian tersebut hanya melihat pada faktor berkaitan tidur seperti berdengkur, bangun untuk ke tandas, serta posisi tidur. Lebih banyak kajian mengenai corak tidur diperlukan sebelum kita boleh menggariskan sebarang keputusan yang kukuh mengenai posisi tidur.
Dalam minggu-minggu keempat hingga keenam yang terakhir, jika anda benar-benar tidak boleh tidur dengan selesa di atas katil, anda mungkin boleh cuba tidur di kerusi atau sofa yang selesa.
************************************************
Selain drpd sukar tido, kita juga ada mengalami sakit bahagian tulang rangka belakang belah kiri. Doktor kata tulang rawan mengembang. Time ni, nak mengiring ke kiri ke, ke kanan ke, terlentang ke, semuanya serba tak kena 😂. Tapi demi baby, Mama bertahan ok? 💪
Thursday, April 27, 2017
Mom to be : Preggy Mom Short Holiday!
Assalamualaikum all...
Hehe it's been so long since I last write in this blog.. April last year 2016. Wow! 😱
So, mestilah byk benda yg jadik kan for the past few months, in fact almost a year dah kot. So, nk pendek kan cerita in August 2016 kita dpt tahu yg kita preggy! Syukur alhamdulillah dikurnia rezeki yg cepat. So bermulalah kehidupan morning sickness yg sgt teruk, pitam, pengsan, darah rendah.. The 1st 3 months was urghhhh. But I've made it! Yeah 💪 So cerita pasal peknen InshaAllah kita buat entri lain soon maybe during my confinement period okeh? Hehehe.. (padahal blog syok sendirik)..
Back to my topic, dalam pada x sihat x sihat, wek sana sini, low BP, low placenta & so on, we decided to have a short break sbb kesian kat abg Irfan yg x kemana mana for a few school holiday since mama wek wek ni. Dia pun dah bagi mama good result in exams so kita decide bawalah jugak g dkt dkt. At 1st nak pegi Seremban je our usual place, Allson Klana tapi tgh refurbished. Tetiba tokmi bersuara teringin nak makan ikan masak 3 rasa kat Cherating. So? Terus mama booked hotel kat Cherating, angkut tokmi, tok ayah & acu yg dh byk sgt sgt berkorban jaga Mama, Daddy & Irfan sepanjang mama wek wek ni. Fuhhh kalau diingatkan jasa-jasa mereka ni X tau dah nak kata apa. Masa kita X berdaya ni, tokmi tlg jaga kan makan minum Daddy, makan minum Mama dgn Irfan apatah lg la kan. Apa saje yg terlintas kat fikiran kita, pasti dibuatnya. Nasib baik lah kita ni bukan jenis ngidam bukan2. Yang ngidam cuma nk makan bersuap je. Dan dptlah mama mkn bersuap selama hampir 2 bulan woohooo!
Walaupun short holiday, tapi sgt tepat pada masa sebab daddy dh berbulan x cuti langsung, kerja sgt kuat, ot berpuluh jam (ke beratus jam 😒). So kali ni nampak sgt yg daddy betul2 nak rehat, phone call pun x dihiraukan, msg masuk pun dia buat dek je. Mama, just stay in the room tumpang happy mereka semua. Kira mama cuma ubah angin jelah, xde kua sgt pun, resort tepi pantai tp jenguk drpd dlm bilik je, x tercapai langkah nk jalan kat pasir pantai pun... 😂
Balik drpd holiday, kaki bengkak. Haaa tau takut masa tu. Selang sehari g routine check up kat Aniza Medical Centre. Doctor tegur, muka berseri, nampak sihat & ceria. Alhamdulillah. So kaki bengkak tu doctor suh relax & tinggikan kedudukan kaki masa baring selain minta Syg urutkan sikit2 supaya surut bengkaknya. Overall, semua ok..
Short holiday kali ni kami dok kat The Legend Resort Cherating. Bilik ground floor menghadap pool & laut. Bilik byk improvement, cuma checking in still sgt sgt slow. Pool as usual awesome with super big size & byk bahagian. Tpt makan area Cherating ni byk choice. Cuma kalau time cuti penangannya penuh & masa 1st night kami tu, selepas sejam lebih kami kua drpd restoran tanpa dpt makanan sbb dorg belum buat pun. Customer penuh, tp nampak x masuk akal pulak kami sampai X dpt makanan lgsg after almost 2 hours. So, tu jelah yg x best nya... Hehe..
The Baitul Muslim Project : Tarannum & Ya Hanana
Assalamualaikum all... Post ni dh pending sgt lama (sampai iols dh peknen 36w now!) just because some error caused by the Blogger. So hopefully it can be posted now.. Bismillah..
Dah rezeki jadi anak kpd pengasas Madrasah Tahfiz Al Mustaqim Serendah, ofkos kita nak something drpd adik adik tahfiz kita utk meraikan majlis kita. Kita tak nak kompang, kita nak gamelan, cak lempong & Ya Hanana. Bila ckp kat ayah, mulanya dia mcm tak setuju. Tapi bila dah dkt, dia yang seronok beria ia sgt sampai prepare kan pentas mini dkt dgn swimming pool kat halaman rumah tu..
Adik2 adik sgt bersemangat practise hampir setiap hari towards the Big Day. Sampai kita pun bertandang mlm majlis tu utk siapkan bunga telur kat tahfiz. Ustaz pun tlg sama. Meriah rasanya!
Adik2 tahfiz kita..
Sambil siapkan bunga telur
Berdebar tgk bunga telur.. Ish dah nak kawen rupanya...