Assalamualaikum all...
Hmm, now dah masuk 36 weeks. Malam tadi before tido nangis dulu sbb badan semua habis sakit sakit, kematu, cramp. Irfan demam panas, after balik dari Aniza Medical Centre, singgah PHD tapau mushroom soup & garlic bread for Irfan, pizza for daddy. Oh ya, daddy balik lambat as usual (cian daddy).
So, back to the topic. Dh sebulan ni mmg kurang tido, usually tido pukul 2 am paling awal & tido pukul 4 am lebih tu perkara biasa. Kdg2 kalau tertido awal sbb penat sgt like at 12am,kita akan terjaga around 4am & X leh tido balik dah.
Mcm mlm nilah. Tido lebih kurang kul 1am. And bila bangun utk gi toilet, terus x leh tido dah dari 4.30am. Benda ni kalau kita baca kat mana2 pregnancy articles, it's common. So, sampai bersalin nanti hadap je. Skrg rasa mcm susah tp lepas bersalin nanti benda2 gini lah yg buat kita rindu.. 😌
Antara short articles yg kita baca dari babycenter.com.my:
Apabila anda semakin hampir untuk bersalin, tidur nyenyak kini hanyalah kenangan sahaja. Dalam trimester ketiga, semakin sukar bagi anda untuk tidur nyenyak. Anda tidak keseorangan dalam perkara ini. Lebih separuh daripada wanita hamil mengalami masalah ini.
Mengapakah saya sukar tidur nyenyak dalam trimester ketiga?
Menjelang trimester ketiga, perut anda telah menjadi terlalu besar sehingga sukar untuk anda baring dengan selesa. Cuba tidur mengiring ke kiri dengan beberapa biji bantal diletakkan di celah kaki dan belakang anda.
Dalam satu kajian kecil, didapati bahawa kemungkinan bayi dilahirkan mati adalah kurang bagi wanita yang tidur mengiring ke kiri berbanding mereka yang tidur dalam posisi lain.
Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan apakah yang menyebabkan bayi mati semasa dilahirkan dan banyak faktor yang terlibat. Kajian tersebut hanya melihat pada faktor berkaitan tidur seperti berdengkur, bangun untuk ke tandas, serta posisi tidur. Lebih banyak kajian mengenai corak tidur diperlukan sebelum kita boleh menggariskan sebarang keputusan yang kukuh mengenai posisi tidur.
Dalam minggu-minggu keempat hingga keenam yang terakhir, jika anda benar-benar tidak boleh tidur dengan selesa di atas katil, anda mungkin boleh cuba tidur di kerusi atau sofa yang selesa.
************************************************
Selain drpd sukar tido, kita juga ada mengalami sakit bahagian tulang rangka belakang belah kiri. Doktor kata tulang rawan mengembang. Time ni, nak mengiring ke kiri ke, ke kanan ke, terlentang ke, semuanya serba tak kena 😂. Tapi demi baby, Mama bertahan ok? 💪
No comments:
Post a Comment