Assalamualaikum all... 😇
Hehe entri ni maybe akan ada beberapa revise sbb 1st kita create entri ni adalah sebelum bersalin lagi, which is 30 days to due date. Hehe nampak tak ke'excited'an nya? 😅 Bukan apa, actually ini lebih kepada panduan utk si Daddy nanti...
So, drpd apa yg kita baca, pendaftaran hendak lah dibuat dalam masa 14 hari selepas kelahiran baby comel kita ye. Lepas drpd 14 hari, ada denda yang akan dikenakan mengikut tempoh kelewatannya. Sebelum pegi JPN tu daddy kenalah siapkan semua dokumen yang diperlukan original mahupun salinan ye. MyKid boleh jugak buat kat cawangan JPN yg kita daftarkan kelahiran tu cumanya cepat dgn lambat jelah proses siap MyKid tu nanti sbb org JPN kata kalau buat kat Putrajaya, boleh siap time tu jugak.
Kat bawah ni ada sikit panduan yang kita dpt drpd article yg kita Google..
Siapa Yang Boleh Membuat Pendaftaran Anak
1. Ibu atau bapa kanak-kanak
2. Penjaga Kanak-Kanak yang sah
3. Individu yang mengetahui tentang kelahiran anak tersebut.
Dokumen Untuk Urusan Pendaftaran Anak
1. Kad Pengenalan ibu dan ayah (Original dan salinan)
2. Sijil Nikah (Original dan Salinan)
3. Borang Pengesahan Kelahiran dari KKM(Hospital akan berikan)
4. Buku Merah iaitu Rekod Kesihatan Ibu
Buku merah itu perlu di buat salinan di muka hadapan,muka surat 2,3,18 dan 19 yang mengandungi maklumat berkaitan kelahiran anak kita.
So, harap ini membantu jugak utk parents yang musykil atau X sure apa yang nak kena bawa masa daftar kelahiran anak. Kami pun sebenarnya x sure sgt kot kot ada perubahan ke. Walaupun ini anak ke 2, tp yang 1st utk daddy 😉
And by the way, tahniah uols atas kelahiran anugerah Allah yg tak terhingga...